Assalamualaikum!
Alkisah..Salah seorang generasi salaf menceritakan.....
"Aku menemui seorang hamba soleh, Karaz bin Wabrah r.h.ketika sedang menangis.
Aku bertanya, 'Kamu ini kenapa? Apakah ada keluargamu yang ditimpa musibah?'
Karaz menjawab,'Bahkan lebih berat daripada itu'
'Kamu sakit?' tanyaku
'Bahkan lebih berat daripada itu', jawab Karaz.
Aku bertanya lagi, 'Lalu kenapa?'
Karaz menjawab, 'Pintuku tertutup dan tiraiku melabuh ke bawah. Malam tadi aku tidak bangun dan tidak mengerjakan Qiamullail. Hal itu tidak lain kerana dosa yang aku lakukan. Ini kerana kebaikan akan mendatangkan kebaikan yang lain dan keburukan akan mendatangkan keburukan yang lain. Sedikit dari masing-masing kedua-duanya akan menyeret pada banyak perkara lain'"
##############################################
Pesanan buat diri : Didiklah diri dari sekarang untuk qiamullail
Gambar: Solat berjemaah di surau Al-Ikhwan, MRSM TUN GHAFAR BABA

Assalamualaikum :D BADARians, tahniah tahniah atas blog baru korang ni. Rasa tercabar ngan blog junior la tu :P Alhamdulillah, keep on posting ;)
ReplyDeleteWaalaikumussalam :)
Deletejazakillahu khairan, LDP