Sunday, 12 May 2013

Ikhlaskan niat !

Intention vs Attention



Assalamualaikum

Teringat aku akan sebuah teka-teki yang diajukan oleh seorang sahabat kepada beberapa calon Badan Wakil Pelajar ketika manifesto mereka. Saudara tersebut menduga.
Siapa yang rasa dirinya ikhlas (untuk menyandang jawatan ini) sila bergerak selangkah ke hadapan, dan siapa tidak, selangkah ke belakang. 
Aku cuma memerhati dari sebuah sudut genit. Hairan. Jika aku di posisi mereka apa yang harus aku lakukan.

Aku lihat beberapa calon mula melangkah ke hadapan. Bersama-sama. Genius. Langkah yang selamat. Benar atau salah biar bersama-sama.

Lalu Saudara yang bertanya itu mula berbicara. Intonasinya hambar.
 Ikhlas ialah sesuatu yang hanya Allah sahaja yang tahu.
Padat. Padu. Lemak berkrim kata-katanya.

Sarat dengan pengajaran. Apa-apa pun moga Allah redha terhadap mereka yang telah berjaya memikul amanah & menjalankan tugas di sekolah.





Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:

Yang paling aku takutkan terhadap umatku ialah si munafiq yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal.)
(HR Baihaqi)

Keterangan: Maksud dari munafiq di sini ialah orang fasiq yang riya'.


Sungguh,aku takut.

############################


Hazrat Anas R.Anhu meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W bersabda ,
"Hanyasanya perkara-perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yang dituruti, hawa nafsu yang dilayani dan orang yang menganggap dirinya baik."
(HR Bazzar, Baihaqi, Targhib)


Nabi S.A.W juga pernah menegaskan bahawa syirik (riak) adalah lebih halus daripada derapan semut. Lalu baginda mengajarkan doa yang bermaksud

" Ya Allah! kami berlindung dari syirik yang kami ketahui, dan kami pohon keampunan terhadap syirik yang tidak kami ketahui "
Amin..Moga Allah redha

Doakan aku jua supaya dapat perbetulkan niat dalam apa jua kondisi. Doa itu murah. Semoga Allah sayang.


Hamba Illahi

Saturday, 11 May 2013

Peristiwa Julai #Ibrah

Assalamualaikum
Sebelum itu izinkan saya untuk membahasakan diri sebagai 'aku'

#########################################

#2010


Kejadian Julai lalu persis ancaman dan teguran buatku. Aku bernasib baik kerana tercampak di dalam lingkaran sosial yang begitu membina.

Aku seorang gadis yang menduduki Peperiksaan penting pada September 2010. Aku dibesarkan di Johor selama 1 dekad 4 tahun dan kemudiannya berpindah ke sini, negeri Darul Ehsan.

Pada usia 13 tahun, aku sering menjadi sebutan para guru atas dasar penilaian terhadap akademik. Mereka tidak tahu. Dalamanku sebenarnya luluh. Hancur. Asas paksi tidak mampu mengawal aku untuk menangkis kekangan yang kerap menduga.

Akhirnya aku tewas. 
Jarak sejauh 60 km dengan orang tua merupakan kebebasan yang abadi buatku. Ketika itu. 

Rakan-rakan sekelas bersaing untuk bertakhta dalam sanubari jantina berlainan. Lama-kelamaan aku terpengaruh. Dan mempengaruhi. Pada mulanya aku berjaya , berjaya dan terus berjaya. Berjaya mengisi atma jejaka yang sama kelas denganku, kemudian seorang senior yang berpengaruh di sekolah serta beberapa lagi tetapi yang bukan secara rasmi.

Walaupun pada hakikatnya Aku dan dia, serta dia tidak berkesempatan untuk ber'dating', aku masih terjebak. Hanyut dalam kancah SMS dan laman sosial.

Namun sehinggalah aku ditegur oleh Allah melalui sahabat yang tidaklah begitu rapat tetapi sehingga kini aku masih mengingatinya, aku terhantuk seketika.

Jendela hatiku diketuk.

Tidak cukup sekadar itu, Aku ditegur lagi melalui ujian yang cukup memberi ibrah terhadapku.

Itulah Peristiwa Julai 2010

Diriku masih terasa bahang api yang menjilati tubuhku. Cuma aku bersyukur kerana hanya sebelah tanganku yang 'hangus' pada ketika itu.

Walaupun parut jelas kelihatan, dan cukup sebagai amaran terhadapku, hati ini berasa sangat bersyukur kerana masih ada rasa sayangNya terhadapku

Dia Maha Penyayang

Aku tahu Allah menegurku. Aku tidak mahu ulangi lagi. Derita jiwa tatkala masyarakat memandang aneh ke arah tanganku.

Namun, aku tidak peduli. Aku lebih pedulikan api di neraka kelak.
Jika tidak di dunia, akhirat sudah pasti.


Alhamdulillah, kini sudah pulih.
Semoga Allah merahmati keluargaku, sahabat, guru serta paling tidak dilupakan doktor-doktor yang telah merawatku selama setahun setengah tanpa jemu.


Sahabat, doakan aku dalam melayari bahtera yang sarat dengan tampalan ini.
Doa itu murah. Percuma. Moga Allah sayang kalian. 

Hamba Illahi







Kisah Budak Penjual Kuih by USTAZ AMALUDDIN

Jika urusan keduniaan, kita pandanglah orang yang lebih susah. Sebentar tadi saya tergerak hati untuk membaca blog Ustaz Amaluddin dan salah satu ceritanya amat tertaut di hati..

Via Blog Ustaz Amaluddin 

Kisah Budak Penjual Kuih



Selepas seminggu bercuti di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

“Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?” katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

“Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni,” kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, “Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?”

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

“Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

“Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu,” Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

“Kenapa bang nak beli kuih ke?” tanyanya.

“Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!” Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

“Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!” katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

“Abang nak beli semua ke?” Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

“RM25 saja bang.”

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? “


 http://www.sahabatamal.com/www/2013/03/kisah-budak-penjual-kuih/

Wednesday, 10 April 2013

UP & DOWN LOADS

UP & DOWN 
LOADS 
#1

 Okay people, we’re not on a one way trip to IT Paradise or any of the sorts, haha, but instead we go with a small matter that most people would overlook. Downloading information into the brain storage and Uploading the ones already stored to distribute to everyone…. 

 


Downloads. 
Ever wonder why this thing was invented? 


#######################################


Bila mana mendapat sesuatu informasi yang berbentuk pandangan atau yang seangkatan dengannya, anda sentiasa ada 3 pilihan tindakan yg boleh diambil: 
  1. Ambil secara keseluruhan. 
  2. Tolak sepenuhnya. 
  3. Kaji dan ambil mana yang pada kajian anda adalah yg benar 
Sesetengah orang lupa akan 3 pilihan sehingga menyebabkan pertelingkahan yg berpanjangan. Remember, no one is a complete encyclopedia or a total living dictionary, at certain points they may make mistake or maybe have different perspectives. Jadi, tugas kita sebagai penerima informasi tersebut either “Take it and Use”, “Leave it and Don’t go starting a War” or “Research, Edit and Make it your Own”.  
P/S : This only applies to things that was not stated clearly in the Quran or Hadith, Kalau Rukun Islam orang kate 5 mu dok caye gok atau nok research gok, parok mu, hahaha 

Informasi yang ana tulis berdasarkan antara apa yg telah ana dpt sepanjang hidup ana, bergantung kepada antum semua untuk terima atau tidak, “The choice is yours my Friends” 
         -Ice- 

                                       To be Continued….

Tuesday, 9 April 2013

Secebis tinta

Assalamualaikum
Selamat Petang sahabat
Blog ini masih di bawah 'construction"
Harap maklum, terima kasih

#Lajnah Musolla

##################################################

 Skop tugas
Lajnah Musolla

  • Merangka jadual Imam dan Bilal
  • Menjaga kebersihan surau
  • Mengetuai aktiviti surau
  • Radio BADAR di surau
  • Mengadakan aktiviti spot talk di surau






#Lajnah Wardatunnisa'


##################################################
Skop tugas 
Lajnah Wardatunnisa' 
  • Menguruskan program Fardhu 'Ain dan solat jemaah bagi muslimat pada setiap hari Jumaat